Thursday, 23 April 2015

SIRI 2 - SIRAH NABI MUHAMMAD OLEH USTAZ WADI ANNUAR



Nabi Ibrahim a.s  dan Nabi Ismail a.s membina Baitullah. Nabi Ibrahim a.s  menyusun naik batu sementara Nabi Ismail a.s  pula mengutip batu-batu besar seperti yang di firman oleh Allah S.W.T dalam Surah al-Baqarah ayat 127 :


127. dan (ingatlah), ketika Ibrahim meninggikan (membina) dasar-dasar Baitullah bersama Ismail (seraya berdoa): "Ya Tuhan Kami terimalah daripada Kami (amalan kami), Sesungguhnya Engkaulah yang Maha mendengar lagi Maha Mengetahui".


Setelah siap membina kaabah mereka berdoa yang di rakam dalam Surah Al-Baqarah ayat 128-129



128. Ya Tuhan Kami, Jadikanlah Kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) diantara anak cucu Kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada Kami cara-cara dan tempat-tempat ibadat haji Kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.

129. Ya Tuhan Kami, utuslah untuk mereka sesorang Rasul dari kalangan mereka, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau, dan mengajarkan kepada mereka Al kitab (Al Quran) dan Al-Hikmah (As-Sunnah) serta mensucikan mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.

Ia juga digambarkan dalam Surah Ibrahim ayat 35-37



35. dan (ingatlah), ketika Ibrahim berkata: "Ya Tuhanku, Jadikanlah negeri ini (Mekah), negeri yang aman, dan jauhkanlah aku beserta anak cucuku daripada menyembah berhala-berhala.
36. Ya Tuhanku, Sesungguhnya berhala-berhala itu telah menyesatkan kebanyakan daripada manusia, Maka Barangsiapa yang mengikutiku, Maka Sesungguhnya orang itu Termasuk golonganku, dan Barangsiapa yang mendurhakai Aku, Maka Sesungguhnya Engkau, Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

37. Ya Tuhan Kami, Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati, Ya Tuhan Kami (yang demikian itu) agar mereka mendirikan shalat, Maka Jadikanlah hati sebagian manusia cenderung kepada mereka dan beri rezkilah mereka dari buah-buahan, Mudah-mudahan mereka bersyukur.


( Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s memohon di dalam doa mereka seperti dia atas diringkaskan oleh Ustaz seperti berikut;
 1. Terimalah amal-ibadat kami,
2. Berkatilah amal-ibadat kami
3. Hidupkan kami dalam Islam
4. Matikan kami dalam Islam
5. Hidupkan kami berterurusan dalam Ibadah
6. Jadikan zuriat keturunan kami menyembah Allah

Di sini Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail mengajar kita untuk berdoa, ajar anak-anak  untuk berdoa minta dari Allah– Bapa berdoa di aminkan oleh anak-anak dan isteri.

Rumusan yang di buat oleh Ustaz, keturunan Nabi Muhammad s.a.w berasal dari keturunan Nabi Ismail seperti yang pernah di doakan oleh mereka setelah mendirikan kaabah.  Nabi Ismail a.s  mempunyai 12 orang anak dan Nabi Ismail a.s mempunyai adik sebapa bernama Nabi Ishak yang beza antara umur mereka 11 tahun.


MS 20. Agama Bangsa Arab sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w

Mereka mengekalkan ajaran yang di ajar oleh Nabi Ibrahim, sehingga seorang dari ketua dari banu Khuza’ah yang bernama Amru bin Luhai orang yang pertama kali memperkenalkan berhala kepada kaumnya. 

Amru bin Luhai seorang jutawan yang baik dengan semua orang, pemurah dengan orang miskin, rendah diri, tak berlagak, dia pergi ke Syam (Syria sekarang) di Syria yang mempunyai tamadun Rom (tamadun yang paling berkuasa dan paling maju ketika itu) yang lebih maju daripada yang ada di Mekah. Sewaktu di sana dia melihat penduduk Syria yang menyembah berhala dan menganggap hal itu sebagai sesuatu yang baik serta benar. Sebab menurutnya, Syria adalah tempat lahirnya para nabi, rasul dan turunnya kitab-kitab suci. Maka dia pulang membawa berhala yang bernama Hubal dan diletakkan di tengah-tengah Kaabah dan mengajak mereka menyembah berhala tersebut. Orang-orang Semenanjung Tanah Arab (Hijaz) pun banyak yang mengikuti ajaran  penduduk Mekah. 

Sembahan berhala ini tersebar ke seluruh pelusuk Hijjaz kerana apabila mereka mengerjakan Haji atau Umrah maka dibekalkan oleh berhala-berhala oleh Amr untuk dibawa balik dan disembah oleh mereka. Suasana penyembahan berhala ini diceritakan dalam surah Al-Maidah ayat 3, begitu juga mereka menjamu makanan kepada berhala dan bernazar atas nama berhala digambarkan dalam Surah An’am ayat 138.




No comments:

Post a Comment