Monday, 11 May 2015

Daurah Surah Al-Kahfi - Ustaz Wadi Annuar

Siri 1 (Ayat 1 - ayat 15)

Berikut adalah rumusan yang dapat di buat

Di kenali sebagai Surah akhir zaman

-Surah ini diturunkan di Mekah, sebelum Hijrah

-Di baca 10 yang awal (Ayat 1-10) dan 10 yang terakhir (ayat 101-110)  terselamat dari fitnah dajal.

-Di sunat baca Surah Al-Kahfi keseluruhan seminggu sekali – di mana Allah akan menerangkan cahaya jumaat hari ini sehingga jumaat depan

Dajal adalah tanda besar kiamat pertama selepas lengkap semua tanda kiamat kecil, dan mengikut pendapat ulama semua tanda kiamat kecil telah lengkap. Dajal datang dia boleh membunuh sesiapa sahaja, dan fitnah dajal yang paling di takuti sesiapa yang di dekatinya boleh menganggap dia Tuhan yang menyebabkan murtad.

Kandungan dalam Surah Kahfi berkisar pada cerita:
1.       Ashabul Kahfi
2.       Orang kaya dan kawan yang beriman yang miskin
3.       Nabi Musa, Nabi Khidhir dan Nabi Khusyak
4.       Raja Zulkarnain

Perkaitan surah Al-Kahfi dengan cerita dajal ialah pada perkisaran cerita Ashabul Kahfi dimana pada zaman masa itu diperintah oleh Raja yang zalim yang menganggap dirinya Tuhan dan barangsiapa tidak mengakuainya akan di bunuh atau di seksa dengan kejam.

Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa kaum Quraisy telah mengutus an Nadh bin al Harts dan Uqbah bin Abi Muith kepada pendeta Yahudi Madinah untuk bertanya tentang kenabian Muhammad dengan menceritakan sifat-sifatnya dan segala sesuatu yang telah diucapkannya.
Orang-orang Quraisy beranggapan bahawa pendeta-pendeta itu adalah ahli di dalam memahami kitab yang telah diturunkan terdahulu Taurat dan Injil dan mempunyai ilmu pengetahuan tentang tanda-tanda kenabian yang orang Quraisy tidak mengetahuinya.

Kemudian kedua orang utusan itu berangkat menuju ke Madinah dan bertanya kepada pendeta-pendeta Yahudi. Lalu berkatalah pendeta itu kepada utusan Quraisy: "Tanyalah kepada Muhammad akan tiga perkara. Jika dia dapat menjawabnya, maka dia adalah seorang Nabi yang diutuskan. Akan tetapi jika dia tidak dapat menjawabnya, maka dia hanyalah orang yang mengaku menjadi Nabi. 

Tanyalah kepada Muhammad mengenai
1)       Kumpulan pemuda pada zaman dahulu yang melarikan diri daripada Raja yang zalim untuk        menyelamatkan iman mereka
2)       Seorang Raja yang mengelilingi bumi untuk menyebarkan Islam
3)       Mengenai roh

Mereka pun berangkat mengadap Rasulullah dan bertanya akan tiga perkara tersebut. Rasulullah bersabda: "Aku akan menjawab tentang perkara-perkara yang kamu persoalkan itu (terlupa menyebut Insya Allah)." Maka pulanglah mereka kesemuanya.


Rasulullah menunggu penurunan wahyu kepadanya sehingga lima belas malam lamanya (Nabi di uji selama 15 hari kerana terlupa menyebut Insya Allah), tetapi Jibril tidak juga kunjung tiba . Pada hari ke-15, Jibrail  datang membawa surah Kahfi yang di dalamnya mengandungi teguran kepada Nabi di atas kesedihannya yang disebabkan oleh perbuatan mereka (Surah al Kahfi: 18:6), di samping menerangkan tentang pertanyaan yang diajukan oleh kaum Quraisy kepada Nabi tentang pemuda yang musafir (Surah al Kahfi: 18: 9-26) dan seorang pengembara (Surah al Kahfi: 18: 83-101) serta firman Allah tentang roh (Surah al Israa': 17: 85). 



Berikut adalah file Surah Al Kahfi Ayat 1-10 dan ayat 101-111




 


No comments:

Post a Comment