Thursday, 23 April 2015

SIRI 1 - SIRAH NABI MUHAMMAD OLEH USTAZ WADI ANNUAR


Minggu lepas download kuliah Ustaz Wadi Annuar mengenai sirah Nabi Muhammad daripada youtube Zon Kuliah. Setelah download, maka saya buat nota sebagai rujukan pada masa akan datang, disebabkan malas nak print maka lahirlah tulisan ini untuk rujukan saya pada masa akan datang. Maka pembaca sekalian yang ingin mengenali dan mengetahui sirah Nabi di persilakan


Buku yang digunakan oleh Ustaz Wadi Annuar adalah buku dibawah,


Tajuk Buku : Ar-Rahiq al-Makhtum – Sirah Nabawiyyah SAW 
Pengarang : Saffiyu Al-Rahman Al-Mubarakfuri 
Penterjemah : Muhammad Ramzi Omar 
Penerbit : Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) 
Kulit Buku: Keras (Depan & Belakang) 
Ketebalan : 733 muka surat 
Harga : RM 68.00  (harga di kedai buku Popular)



Siri 1 – Sirah Nabi Muhammad oleh Ustaz Wadi Annuar dari Zon Kuliah youtube
Sabda Rasulullah saw : “Belum sempurna iman kalian, hingga aku lebih dicintainya, dari ayah ibunya, dan anaknya, dan seluruh manusia” (Shahih Bukhari)

Hadis ini menerangkan bahawa mahkluk yang perlu kita sayang ialah Nabi Muhammad s.a.w maka selepas dari itu barulah sempurna iman kita semuanya. Cara untuk menyayangi Nabi Muhammad s.a.w ialah dengan mengetahui sirahnya dan untuk mengetahui sirahnya kita perlu ada kitab dan mempelajarinya.

Apabila bercakap mengenai sirah, ulama mengatakan Sirah berlaku di Mekah dan Madinah.
Buku ini memulakan pengisahan mengenai Nabi Ibrahim a.s yang berasal dari Iraq. Agama Nabi Ibrahim a.s ialah agama Hanif. Isteri Nabi Ibrahim a.s yang tua ialah Siti Sarah. Mereka diuji dengan tidak mempunyai anak walaupun sudah berkahwin lebih 30 tahun.

Firaun tertarik kepada Siti Sarah dan memikatnya namun keimanan Siti Sarah membuat Firaun merasa malu dan menebus kesalahannya dengan menghadiahkan Siti Hajar kepada Siti Sarah. Siti Hajar adalah hamba Firaun yang masih dara. Siti Sarah kemudiannya menghadiahkan Siti Hajar untuk di kahwini oleh Nabi Ibrahim a.s dengan tujuan agar memperolehi anak.
Namun setelah Siti Hajar melahirkan seorang bayi lelaki, Siti Sarah merasa cemburu dan kemudiannya mengarahkan Siti Hajar dan bayinya di bawa jauh darinya. Nabi Ibrahim a.s kemudiannya membawa Siti Hajar dan bayinya ke Mekah yang pada waktu itu sebuah kawasan yang lapang, tandus, kering kontang, tidak berpenguni malah tiada binatang buas.

Siti Hajar tercengang-cengang bertanya pada Nabi Ibrahim a.s ,"Wahai Ibrahim, kenapa kamu akan tinggalkan kami disini?". Nabi Ibrahim a.s diam saja, diulang pertanyaan tersebut sampai 3x tetap Nabi Ibrahim a.s diam saja. “Allah amaruka bihadza (apakah Allah yang perintahkan ini kepadamu)?”  Tanyanya kepada kepada Nabi Ibrahim a.s  dan Nabi Ibrahim a.s membenarkanya. Ahirnya Siti Hajar faham jika Allah yang memerintahkannya maka tak mungkin Allah akan mensia-siakannya.

Setelah sedikit jauh meningalkan mereka Nabi Ibrahim a.s mengangkat tangan berdoa seperti yang dirakamkan dalam Al-Quran dari Surah Ibrahim ayat 37

37. Ya Tuhan Kami, Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati, Ya Tuhan Kami (yang demikian itu) agar mereka mendirikan shalat, Maka Jadikanlah hati sebagian manusia cenderung kepada mereka dan beri rezkilah mereka dari buah-buahan, Mudah-mudahan mereka bersyukur.


Siti Hajar berlari antara Safa dan Marwah sebanyak 7 kali untuk mencari air, namun terbit mata air dari hujung kaki Nabi Ismail a.s yang mana air itulah air Zam-Zam. Apabila sudah ada air maka tempat itu mula dihuni manusia. Suku yang pertama duduk di sana adalah suku Jurhum.

Nabi Ibrahim a.s dari masa ke semasa pergi ke Mekah untuk mengunjungi dan menjenguk Nabi Ismail a.s dan isterinya Siti Hajar. Apabila Nabi Ismail a.s mencapai usia remajanya Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim di uji  agar menyembelih Nabi Ismail a.s . Cerita ini di rakam dalam Al-Quran dalam Surah As-Soffat ayat 103-107.

103. tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis(nya), (nyatalah kesabaran keduanya ). 104. dan Kami panggillah dia: "Hai Ibrahim, 105. Sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu[1284] Sesungguhnya Demikianlah Kami memberi Balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. 106. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. 107. dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar.


(Yang dimaksud dengan membenarkan mimpi ialah mempercayai bahwa mimpi itu benar dari Allah s.w.t. dan wajib melaksanakannya. Sesudah nyata kesabaran dan ketaatan Nabi Ibrahim a.s  dan Nabi Ismail a.s. Maka Allah melarang menyembelih Nabi Ismail a.s dan untuk meneruskan korban, Allah menggantinya dengan seekor sembelihan yang besar (kambing). Peristiwa ini menjadi dasar disyariatkannya Qurban yang dilakukan pada Hari Raya Haji.)

Nabi Ismail a.s sebagai anak yang soleh yang sangat taat kepada Allah, ketika diberitahu oleh ayahnya maksud kedatangannya kali ini tanpa ragu-ragu dan berfikir panjang berkata kepada ayahnya:
" Wahai ayahku sayang (ya abati) ! Laksanakanlah apa yang telah diperintahkan oleh Allah kepadamu. Engkau akan menemuiku insya-Allah sebagai seorang yang sabar dan patuh kepada perintah. Aku hanya meminta dalam melaksanakan perintah Allah itu , agar ayah mengikatku kuat-kuat supaya aku tidak banyak bergerak, hadapkan kepala dan mukaku ke bawah dan gunakanlah pisau yang tajam”

Akan tetapi pisau yang sudah demikian tajamnya itu ternyata menjadi tumpul dileher Nabi Ismail a.s dan tidak dapat berfungsi sebagaimana mestinya dan sebagaimana diharapkan. Kejadian tersebut merupakan suatu mukjizat dari Allah yang menegaskan bahawa perintah pergorbanan Nabi Ismail a.s  itu hanya suatu ujian bagi Nabi Ibrahim a.s  dan Nabi Ismail a.s  sampai sejauh mana cinta dan taat mereka kepada Allah. Ternyata keduanya telah lulus dalam ujian yang sangat berat itu.

Nabi Ismail a.s menginjak dewasa dan berkahwin dengan anak salah seorang dari suku Jurhum selepas ibunya Siti Hajar meninggal dunia.

Pada suatu ketika, Nabi Ibrahim a.s datang ke Mekah untuk mengunjungi anaknya , iaitu Nabi Ismail as. Akan tetapi Nabi Ismail a.s saat itu sedang tidak berada di rumah. Nabi Ibrahim a.s menemui isteri Nabi Ismail as dan bertanya kemana suaminya dan apa pekerjaannya.

Maka isteri Nabi Ismail a.s  menceritakan bahawa suaminya pergi berburu dan kehidupan mereka sangat sulit. Maka Nabi Ibrahim a.s berkata kepadanya, “Apabila suamimu pulang sampaikan salam dariku, dan katakan agar ia mengganti palang pintu rumahnya.”Kemudian Nabi Ibrahim a.s  pulang.
Tatkala Nabi Ismail a.s pulang dari memburu ia seakan-akan merasakan sesuatu. Maka ia bertanya kepada isterinya.

Isterinya lalu bercerita, “Tadi ada seorang yang tua datang yang sifatnya demikian (ia menyebutkan sifat-sifat Nabi Ibrahim a.s ). Ia bertanya tentang engkau dan aku khabarkan padanya. Dia juga bertanya tentang kehidupan kita dan aku khabarkan sesungguhnya kita dalam kesulitan. Dia titipkan salam untukmu dan mengatakan agar engkau mengganti palang pintu rumahmu.”

Maka Nabi Ismail a.s pun berkata, “Dia adalah ayahku, dan engkaulah yang dimaksud dengan palang pintu itu.” Nabi Ismail menceraikan isterinya. Kemudian Nabi Ismail a.s menikah lagi dengan wanita yang lain.

Nabi Ibrahim a.s datang lagi pada waktu yang lain, dan Nabi Ismail a.s juga kebetulan tiada di rumah. Maka Nabi Ibrahim a.s menemui isteri Nabi Ismail a.s dan bertanya tentang Nabi Ismail a.s. Nabi Ibrahim a.s menanyakan tentang kehidupan mereka, isteri Nabi Ismail a.s menceritakan bahwa kehidupan penuh dengan nikmat dan kebaikan.

Kemudian Nabi Ibrahim a.s berkata kepadanya, “Jika suamimu datang sampaikan salam kepadanya, dan katakan kepadanya agar ia mengekalkann palang pintu rumahnya.”

Setelah itu, Nabi Ibrahim a.s segera pulang sebelum bertemu dengan Nabi Ismail a.s. Maka tatkala Nabi Ismail a.s pulang, ia bertanya kepada isterinya, “Apakah tadi ada yang mengunjungimu?” Isterinya menjawab, “Tadi datang kepadaku seorang tua yang keadaannya demikian…” Nabi Ismail a.s bertanya, ”Apakah ada sesuatu yang ia katakan kepadamu?” Isterinya menjawab, “Dia bertanya kapadaku tentang dirimu, dan aku pun menceritakannya. Dan ia bertanya pula tentang kehidupan kita, maka aku sampaikan bahwa kita berada dalam kenikmatan, dan aku mengucapkan syukur memuji Allah SWT.” Nabi Ismail a.s bertanya lagi, ”Kemudian apalagi yang ia katakan?” Isterinya menjawab, “Ia menitipkan salam untukmu, dan memerintahkanmu untuk mengekalkan palang pintu rumahmu.”

Nabi Ismail a.s lantas berkata, “Dia adalah ayahku, dan engkau adalah palang pintu itu, ia memerintahkan aku agar tetap memgekalkan kamu sebagai isteri.”



No comments:

Post a Comment