Monday, 24 August 2015
SIRI 6 - SIRAH NABI MUHAMMAD OLEH USTAZ WADI ANNUAR
- Ketika Nabi Muhammad berusia 12 tahun nabi Muhammad mengikut bapa saudaranya untuk berniaga ke Syam dan dalam perjalanan ke sana seorang paderi bernama Busrah melihat tanda-tanda kenabiannya iatu awan sentiasa mengikutinya dan beliau memberitahu Abu Talib agar membawanya balik ke Mekah kerana ditakuti akan di bunuh oleh kaum Yahudi.
- Pekerjaan yang pernah Nabi Muhammad saw lakukan ialah mengembala kambing dan berniaga.
- Ketika Nabi berusia 25 tahun nabi Muhammad ditawarkan untuk membawa barang niaga Siti Khadijah ke Shyam dan Nabi membawa keuntungan yang berlipat ganda daripada biasa.
- Allah memuliakan Saidatina Khadijah yang mana sepanjang hidup saidatina Khadijah, Allah tidak pernah memerintahkan nabi untuk berkahwin dengan wanita lain.
- 6 orang daripada 7 orang anak nabi lahir daripada Saidatina Khadijah. Anak-anak nabi seramai 7 orang, 3 lelaki dan 4 perempuan. Nama anak-anak nabi ialah Kassim, Zainab, Ruqoiyah, Ummu Kathlsom, Fatimah, Abdullah (To'ib) (anak-anak Saidatina Khadijah) and Ibrahim daripada ibu yang lain. Anak-anak lelaki nabi semua meninggal semasa hayat nabi Nabi Muhammad
Mukasurat 50 - Membina semula kaabah
- Kaabah mengalami pembaikpulih sebanyak 12 kali, dan satu daripada pembaik pulih itu berlaku pada usia nabi 35 tahun di mana Mekah mengalami banjir besar dan hampir merosakkan kaabah.
- Menteri-mentgeri Quraisy pada waktu itu menjalankan kegiatan untuk mengumpul duit dan pembaik pulih tersebut dan wang tersebut di syaratkan hanya duit-duit halal sahaja. Kegagalan untuk mengumpulkan duit halal dimencukupi maka saiz kaabah dikecilkan.
- Kerja pembaik pulih tersebut berlaku dengan lancar sehingga ketika hendak meletakkan batu Hajar Aswad pada tempat asalnya.
- Setiap kabilah bergaduh antara satu sama lain dan ada kabilah inginkan berperang hingga ada seorang yang bernama Ummaiyah bin Muqirroh memberi pendapat bahawa orang pertama yang memasuki kaabah pada keesokkan harinya apapun keputusannya akan dipersetujui oleh semua orang.
- Di takdirkan Allah orang pertama yang masuk ke kaabah ialah Nabi Muhammad yang dikenali sebagai Al-Amin. Nabi meminta agar diletakkan Hajar Aswad pada kain dan setiap wakil kabilah diminta untuk memegang kain tersebut dan dibawa kepada tempatnya. Nabi dengan tangannya sendiri mengangkat batu tersebut pada tempatnya.
- Batu Hajar Aswad berasal dari syurga yang di bawa turun pada zaman nabi Ibrahim. Cahaya Hajar Aswad pada awalnya sangat terang dan cahaya itu menjadi gelap akibat dosa-dosa manusia dan satu lagi sebab kalau tidak semua manusia tidak boleh memandang batu tersebut.
- Pada tahun 64 hijrah berlaku kebakaran pada kaabah dan disebabkan itu batu Hajar Aswad terbelah 3 dan pemerintah Mekah ketika itu Abdullah bin Zuba'ir bin Awam mengikat batu tersebut dengan perak.
- Pada tahun 317 hijrah , batu tersebut di curi oleh Syiah Islamiah Bataniah. Selama 22 tahun sudut itu kosong dan pada tahun 339 hijrah dikembalikkan sebanyak 15 serpihan dan pada masa sekarang tinggal hanya 8 serpihan.
Saturday, 22 August 2015
SIRI 5 - SIRAH NABI MUHAMMAD OLEH USTAZ WADI ANNUAR
- Abdullah ialah bapa kepada Nabi Muhammad dan ibu Abdullah bernama Fatimah dan bapanya adalah Abdul Muttalib. Abdullah anak yang paling kacak dan paling baik budi perkertinya antara anak-anak Abdul Muttalib yang seramai sepuluh orang. Abdullah adalah anak bungsu dan paling bersederhana sifatnya dan paling di sayangi oleh Abdul Muttalib kerana akhlaknya yang sangat baik.
- Abdul Mutaalib pernah bernazar untuk menyembelih salah seorang daripada anaknya jika dia memperolehi 10 orang anak lelaki. Dan dengan rahmat Allah Abdul Muttalib di kurniakan 10 orang anak lelaki dan apabila kesemua anak lelaki telah dewasa Abdul Muttalib menceritakan tentang nazarnya kepada ke semua anak lelakinya. Untuk memilih di antara anaknya siapa yang perlu di sembelih maka Abdul Mutalib berjumpa dengan ahli nujum yang bernama Khubal. Khubal mengarahkan agar setiap nama anaknya ditulis di atas anak panah dan sewaktu undi dilakukan naik nama Abdullah.
- Di sebabkan peribadi Abdullah bapa saudara Abdullah iaitu Quraisy tidak bersetuju untuk menyembelih Abdullah, begitu juga dengan masyarakat Arab ketika itu. Abdullah Mutallib kemudian berjumpa kembali Khubal dan Khubal menetapkan setiap kali jika undian dilakukan dan keluar nama Abdullah dari anak panak itu maka Abdul Mutalib di kehendaki untuk menyembelih 10 ekor anak unta. Undian dilakukankan dan hingga undian ke 10 apabila anak panah dicabut keluar nama Abdullah maka Abdul Mutalib menyembelih 100 ekor unta bagi mengantikan nyawa Abdullah.
- Dan mulai saat ini hutang darah atau dian dikira dengan 1 nyawa bersamaan dengan 100 ekor unta, dan hukum dian ini diteruskan oleh Nabi Muhammad.
- Abdullah dikahwinkan dengan Aminah bin Abdi Manaf anak ketua qabilah bani Zahrah.Ada riwayat mengatakan Abdullah meninggal dunia dua bulan sebelum kelahiran Nabi Muhammad, dan adariwayat mengatakan dua bulan selepas kelahiran Nabi sewaktu dalam perjalanan pulang dari berniaga kerana sakit sewaktu berusia 25 tahun.
- Abdullah meninggalkan paling sedikit harta iaitu 5 ekor unta, beberapa ekor kambing dan seorang hamba yang dikenal sebagai Ummu Aiman(Barakah bin Salabah)
- Di lahirkan di rumah di kawasan Bani Hashim di Mekah pada pagi Isnin 12 Rabiul awal selepas peristiwa bergajah bersamaan 22 April 571H
- Nama Muhammad diberikan oleh datuknya Abdul Mutallib dan baginda dibawa mengelilingi Kaabah.
- Ibu susuan nabi ada 4 orang dan ibu susuan kedua selepas ibu sendiri ialah Suhaiba Al Aslamiah (hamba kepada Abu Lahab) yang membawa berita tentang kelahiran nabi Muhammad kepada Abu Lahab dan kerana berita gembira ini Abu Lahab telah memerdekakan Suhaiba.
- Nabi Muhammad semasa bayi di hantar ke perkampungan Bani Sa’ad yang dijaga oleh ibu susuanya iaitu Halimah bin Shu’aib. (di kenali oleh Halimatus Saadiah) sehingga berusia 5 tahun.
Thursday, 21 May 2015
SIRI 4 - SIRAH NABI MUHAMMAD OLEH USTAZ WADI ANNUAR
ms 36
- Keluarga Nabi bergelar Bani Hashim (Moyang Nabi Muhammad)
- Tugas Hashim memberi makan dan minum kepada jemaah yang datang mengerjakan haji di Mekah (berpandu pada saki baki syaraat Nabi Ibrahim dan kebanyakkannya telah di selewangkan). Hashim seorang yang kaya dan amanah. Asal namanya adalah Ammer . Orang petama yang menjamu jemaah roti benyek dalam sup. Orang pertama yang memulakan memperkenalkan perjalanan dua kali perjalan setahun untuk berdagang satu pada musim panas dan satu lagi pada musim sejuk. Berkahwin dengan Salmah di Madinah dan meningal dunia di Ghaza Palestine semasa isterinya sedang mengandungkan Abdul Mutallib. Hashim juga mempunyai adik beradik yang bernama Al-Mutallib. Hashim mempunyai 4 anak lelaki dan 5 anak perempuan dan salah seorang anaknya adalah Abdul Mutallib
- Abdul Muttalib ialah datuk Nabi Muhammad saw di panggil syaibah kerana uban di kepalanya dan di besarkan di Madinah. Apabila Hashim meninggal dunia Al-Mutalib, adik beradik kepada Hashim pergi ke Madinah berjumpa dengan Salmah untuk mengambil Abdul Mutalib untuk di bawa ke Mekah untuk memberi jawatan kepadanya. Bergelar hamba kepada kepada Mutallib kerana orang Mekah yang pertama kali melihat Abdul Mutallib mengatakan dia adalah hamba kepada At-Mutalib
Tuesday, 12 May 2015
SIRI 3 - SIRAH NABI MUHAMMAD OLEH USTAZ WADI ANNUAR
Sirah Nabi Muhamaad s.a.w siri 3 berkisar kepada perihal masyarakat Mekah sebelum kedatangan Islam dari segi sosial, ekonomi dan etika
Sosial
- Golongan wanita bangsawan terletak pada kedudukan yang terhormat
- Manakala bagi golongan bawahan pelacuran, perzinaan dan keruntuhan akhlak berleluasa sebagai corak hidup mereka
- Terdapat 4 jenis perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Mekah sebelum kedatangan Islam
- Masyarakat Mekah suka berperang
- Masyarakat Mekah sebelum kedatangan Islam membunuh anak perempuan mereka kerana :
i) Anak perempuan tidak boleh menjadi pahlawan dan tidak boleh berperang mempertahankan kabilah mereka
ii) Anak perempuan tidak boleh manjadi pemidato
iii) Anak perempuan pada pandangan masyarakat pada masa itu membawa kecelakaan.
iv) Mereka membunuh kerana terikut cara masyarakat pada masa itu.
Ekomomi
- Masyarakat Arab pada masa itu adalah berdagang
Monday, 11 May 2015
Daurah Surah Al-Kahfi - Ustaz Wadi Annuar
Siri 1 (Ayat 1 - ayat 15)
Berikut adalah rumusan yang dapat di buat
Berikut adalah file Surah Al Kahfi Ayat 1-10 dan ayat 101-111

Berikut adalah rumusan yang dapat di buat
Di kenali sebagai Surah akhir zaman
-Surah ini diturunkan di Mekah,
sebelum Hijrah
-Di baca 10 yang awal (Ayat 1-10)
dan 10 yang terakhir (ayat 101-110) terselamat dari fitnah dajal.
-Di sunat baca Surah Al-Kahfi
keseluruhan seminggu sekali – di mana Allah akan menerangkan cahaya jumaat hari
ini sehingga jumaat depan
Dajal adalah tanda besar kiamat
pertama selepas lengkap semua tanda kiamat kecil, dan mengikut pendapat ulama
semua tanda kiamat kecil telah lengkap. Dajal datang dia boleh membunuh sesiapa
sahaja, dan fitnah dajal yang paling di takuti sesiapa yang di dekatinya boleh
menganggap dia Tuhan yang menyebabkan murtad.
Kandungan dalam Surah Kahfi
berkisar pada cerita:
1. Ashabul
Kahfi
2. Orang kaya
dan kawan yang beriman yang miskin
3. Nabi Musa,
Nabi Khidhir dan Nabi Khusyak
4. Raja
Zulkarnain
Perkaitan surah Al-Kahfi dengan
cerita dajal ialah pada perkisaran cerita Ashabul Kahfi dimana pada zaman masa
itu diperintah oleh Raja yang zalim yang menganggap dirinya Tuhan dan
barangsiapa tidak mengakuainya akan di bunuh atau di seksa dengan kejam.
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan
bahawa kaum Quraisy telah mengutus an Nadh bin al Harts dan Uqbah bin Abi Muith
kepada pendeta Yahudi Madinah untuk bertanya tentang kenabian Muhammad dengan
menceritakan sifat-sifatnya dan segala sesuatu yang telah diucapkannya.
Orang-orang Quraisy beranggapan
bahawa pendeta-pendeta itu adalah ahli di dalam memahami kitab yang telah
diturunkan terdahulu Taurat dan Injil dan mempunyai ilmu pengetahuan tentang
tanda-tanda kenabian yang orang Quraisy tidak mengetahuinya.
Kemudian kedua orang utusan itu
berangkat menuju ke Madinah dan bertanya kepada pendeta-pendeta Yahudi. Lalu
berkatalah pendeta itu kepada utusan Quraisy: "Tanyalah kepada Muhammad
akan tiga perkara. Jika dia dapat menjawabnya, maka dia adalah seorang Nabi
yang diutuskan. Akan tetapi jika dia tidak dapat menjawabnya, maka dia hanyalah
orang yang mengaku menjadi Nabi.
Tanyalah kepada Muhammad mengenai
Tanyalah kepada Muhammad mengenai
1) Kumpulan pemuda
pada zaman dahulu yang melarikan diri daripada Raja yang zalim untuk menyelamatkan iman mereka
2) Seorang
Raja yang mengelilingi bumi untuk menyebarkan Islam
3) Mengenai
roh
Mereka pun berangkat mengadap
Rasulullah dan bertanya akan tiga perkara tersebut. Rasulullah bersabda:
"Aku akan menjawab tentang perkara-perkara yang kamu persoalkan itu
(terlupa menyebut Insya Allah)." Maka pulanglah mereka kesemuanya.
Rasulullah menunggu penurunan wahyu
kepadanya sehingga lima belas malam lamanya (Nabi di uji selama 15 hari kerana
terlupa menyebut Insya Allah), tetapi Jibril tidak juga kunjung tiba . Pada
hari ke-15, Jibrail datang membawa surah
Kahfi yang di dalamnya mengandungi teguran kepada Nabi di atas kesedihannya
yang disebabkan oleh perbuatan mereka (Surah al Kahfi: 18:6), di samping
menerangkan tentang pertanyaan yang diajukan oleh kaum Quraisy kepada Nabi
tentang pemuda yang musafir (Surah al Kahfi: 18: 9-26) dan seorang pengembara
(Surah al Kahfi: 18: 83-101) serta firman Allah tentang roh (Surah al Israa':
17: 85).
Berikut adalah file Surah Al Kahfi Ayat 1-10 dan ayat 101-111

Thursday, 23 April 2015
SIRI 2 - SIRAH NABI MUHAMMAD OLEH USTAZ WADI ANNUAR
Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s membina Baitullah. Nabi
Ibrahim a.s menyusun naik batu sementara
Nabi Ismail a.s pula mengutip batu-batu
besar seperti yang di firman oleh Allah S.W.T dalam Surah al-Baqarah ayat 127 :
Ia juga digambarkan dalam Surah Ibrahim ayat 35-37
127. dan (ingatlah), ketika Ibrahim meninggikan (membina)
dasar-dasar Baitullah bersama Ismail (seraya berdoa): "Ya Tuhan Kami
terimalah daripada Kami (amalan kami), Sesungguhnya Engkaulah yang Maha
mendengar lagi Maha Mengetahui".
128. Ya Tuhan Kami, Jadikanlah Kami berdua orang yang
tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) diantara anak cucu Kami umat yang
tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada Kami cara-cara dan
tempat-tempat ibadat haji Kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya
Engkaulah yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.
129. Ya Tuhan Kami, utuslah untuk mereka sesorang Rasul
dari kalangan mereka, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau, dan
mengajarkan kepada mereka Al kitab (Al Quran) dan Al-Hikmah (As-Sunnah) serta
mensucikan mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.
Ia juga digambarkan dalam Surah Ibrahim ayat 35-37
35. dan (ingatlah), ketika Ibrahim berkata: "Ya
Tuhanku, Jadikanlah negeri ini (Mekah), negeri yang aman, dan jauhkanlah aku
beserta anak cucuku daripada menyembah berhala-berhala.
36. Ya Tuhanku, Sesungguhnya berhala-berhala itu telah menyesatkan
kebanyakan daripada manusia, Maka Barangsiapa yang mengikutiku, Maka
Sesungguhnya orang itu Termasuk golonganku, dan Barangsiapa yang mendurhakai
Aku, Maka Sesungguhnya Engkau, Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
37. Ya Tuhan Kami, Sesungguhnya aku telah menempatkan
sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat
rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati, Ya Tuhan Kami (yang demikian itu) agar
mereka mendirikan shalat, Maka Jadikanlah hati sebagian manusia cenderung kepada
mereka dan beri rezkilah mereka dari buah-buahan, Mudah-mudahan mereka
bersyukur.
( Nabi
Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s memohon di dalam doa mereka seperti dia atas
diringkaskan oleh Ustaz seperti berikut;
1. Terimalah amal-ibadat kami,
2. Berkatilah
amal-ibadat kami
3. Hidupkan kami
dalam Islam
4. Matikan kami
dalam Islam
5. Hidupkan kami
berterurusan dalam Ibadah
6. Jadikan
zuriat keturunan kami menyembah Allah
Di sini Nabi
Ibrahim dan Nabi Ismail mengajar kita untuk berdoa, ajar anak-anak untuk berdoa minta dari Allah– Bapa berdoa di
aminkan oleh anak-anak dan isteri.
Rumusan yang di
buat oleh Ustaz, keturunan Nabi Muhammad s.a.w berasal dari keturunan Nabi
Ismail seperti yang pernah di doakan oleh mereka setelah mendirikan kaabah. Nabi Ismail a.s mempunyai 12 orang anak dan Nabi Ismail a.s mempunyai adik sebapa bernama Nabi Ishak yang beza antara umur mereka 11 tahun.
MS 20. Agama Bangsa Arab sebelum
kelahiran Nabi Muhammad s.a.w
Mereka
mengekalkan ajaran yang di ajar oleh Nabi Ibrahim, sehingga seorang dari ketua
dari banu Khuza’ah yang bernama Amru bin Luhai orang yang pertama kali
memperkenalkan berhala kepada kaumnya.
Amru bin Luhai seorang jutawan yang baik
dengan semua orang, pemurah dengan orang miskin, rendah diri, tak berlagak, dia
pergi ke Syam (Syria sekarang) di Syria yang mempunyai tamadun Rom (tamadun
yang paling berkuasa dan paling maju ketika itu) yang lebih maju daripada yang
ada di Mekah. Sewaktu di sana dia melihat penduduk Syria yang menyembah berhala
dan menganggap hal itu sebagai sesuatu yang baik serta benar. Sebab menurutnya,
Syria adalah tempat lahirnya para nabi, rasul dan turunnya kitab-kitab suci. Maka
dia pulang membawa berhala yang bernama Hubal dan diletakkan di tengah-tengah
Kaabah dan mengajak mereka menyembah berhala tersebut. Orang-orang Semenanjung
Tanah Arab (Hijaz) pun banyak yang mengikuti ajaran penduduk Mekah.
Sembahan berhala ini tersebar
ke seluruh pelusuk Hijjaz kerana apabila mereka mengerjakan Haji atau Umrah
maka dibekalkan oleh berhala-berhala oleh Amr untuk dibawa balik dan disembah
oleh mereka. Suasana penyembahan berhala ini diceritakan dalam surah Al-Maidah
ayat 3, begitu juga mereka menjamu makanan kepada berhala dan bernazar atas nama
berhala digambarkan dalam Surah An’am ayat 138.
SIRI 1 - SIRAH NABI MUHAMMAD OLEH USTAZ WADI ANNUAR
Minggu lepas download kuliah Ustaz Wadi Annuar mengenai sirah Nabi Muhammad daripada youtube Zon Kuliah. Setelah download, maka saya buat nota sebagai rujukan pada masa akan datang, disebabkan malas nak print maka lahirlah tulisan ini untuk rujukan saya pada masa akan datang. Maka pembaca sekalian yang ingin mengenali dan mengetahui sirah Nabi di persilakan
Buku yang digunakan oleh Ustaz Wadi Annuar adalah buku dibawah,
Tajuk Buku : Ar-Rahiq al-Makhtum – Sirah Nabawiyyah SAW
Pengarang : Saffiyu Al-Rahman Al-Mubarakfuri
Penterjemah : Muhammad Ramzi Omar
Penerbit : Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)
Kulit Buku: Keras (Depan & Belakang)
Ketebalan : 733 muka surat
Harga : RM 68.00 (harga di kedai buku Popular)
Siri 1 – Sirah Nabi Muhammad oleh Ustaz Wadi Annuar dari Zon Kuliah youtube
Sabda Rasulullah saw : “Belum
sempurna iman kalian, hingga aku lebih dicintainya, dari ayah ibunya, dan
anaknya, dan seluruh manusia” (Shahih Bukhari)
Hadis ini menerangkan bahawa
mahkluk yang perlu kita sayang ialah Nabi Muhammad s.a.w maka selepas dari itu
barulah sempurna iman kita semuanya. Cara untuk menyayangi Nabi Muhammad s.a.w
ialah dengan mengetahui sirahnya dan untuk mengetahui sirahnya kita perlu ada
kitab dan mempelajarinya.
Apabila bercakap mengenai sirah,
ulama mengatakan Sirah berlaku di Mekah dan Madinah.
Buku ini memulakan pengisahan
mengenai Nabi Ibrahim a.s yang berasal dari Iraq. Agama Nabi Ibrahim a.s ialah
agama Hanif. Isteri Nabi Ibrahim a.s yang tua ialah Siti Sarah. Mereka diuji
dengan tidak mempunyai anak walaupun sudah berkahwin lebih 30 tahun.
Firaun tertarik kepada Siti Sarah
dan memikatnya namun keimanan Siti Sarah membuat Firaun merasa malu dan menebus
kesalahannya dengan menghadiahkan Siti Hajar kepada Siti Sarah. Siti Hajar
adalah hamba Firaun yang masih dara. Siti Sarah kemudiannya menghadiahkan Siti
Hajar untuk di kahwini oleh Nabi Ibrahim a.s dengan tujuan agar memperolehi
anak.
Namun setelah Siti Hajar melahirkan
seorang bayi lelaki, Siti Sarah merasa cemburu dan kemudiannya mengarahkan Siti
Hajar dan bayinya di bawa jauh darinya. Nabi Ibrahim a.s kemudiannya membawa
Siti Hajar dan bayinya ke Mekah yang pada waktu itu sebuah kawasan yang lapang,
tandus, kering kontang, tidak berpenguni malah tiada binatang buas.
Siti Hajar tercengang-cengang bertanya
pada Nabi Ibrahim a.s ,"Wahai Ibrahim, kenapa kamu akan tinggalkan kami
disini?". Nabi Ibrahim a.s diam saja, diulang pertanyaan tersebut sampai
3x tetap Nabi Ibrahim a.s diam saja. “Allah amaruka bihadza (apakah Allah yang
perintahkan ini kepadamu)?” Tanyanya
kepada kepada Nabi Ibrahim a.s dan Nabi
Ibrahim a.s membenarkanya. Ahirnya Siti Hajar faham jika Allah yang
memerintahkannya maka tak mungkin Allah akan mensia-siakannya.
Setelah sedikit jauh meningalkan
mereka Nabi Ibrahim a.s mengangkat tangan berdoa seperti yang dirakamkan dalam
Al-Quran dari Surah Ibrahim ayat 37
37. Ya Tuhan Kami, Sesungguhnya aku telah menempatkan
sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat
rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati, Ya Tuhan Kami (yang demikian itu) agar
mereka mendirikan shalat, Maka Jadikanlah hati sebagian manusia cenderung
kepada mereka dan beri rezkilah mereka dari buah-buahan, Mudah-mudahan mereka
bersyukur.
Siti Hajar berlari antara Safa dan
Marwah sebanyak 7 kali untuk mencari air, namun terbit mata air dari hujung
kaki Nabi Ismail a.s yang mana air itulah air Zam-Zam. Apabila sudah ada air
maka tempat itu mula dihuni manusia. Suku yang pertama duduk di sana adalah
suku Jurhum.
Nabi Ibrahim a.s dari masa ke
semasa pergi ke Mekah untuk mengunjungi dan menjenguk Nabi Ismail a.s dan
isterinya Siti Hajar. Apabila Nabi Ismail a.s mencapai usia remajanya Nabi
Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim di uji agar
menyembelih Nabi Ismail a.s . Cerita ini di rakam dalam Al-Quran dalam Surah
As-Soffat ayat 103-107.
103. tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim
membaringkan anaknya atas pelipis(nya), (nyatalah kesabaran keduanya ). 104.
dan Kami panggillah dia: "Hai Ibrahim, 105. Sesungguhnya kamu telah
membenarkan mimpi itu[1284] Sesungguhnya Demikianlah Kami memberi Balasan
kepada orang-orang yang berbuat baik. 106. Sesungguhnya ini benar-benar suatu
ujian yang nyata. 107. dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang
besar.
(Yang dimaksud dengan
membenarkan mimpi ialah mempercayai bahwa mimpi itu benar dari Allah s.w.t. dan
wajib melaksanakannya. Sesudah nyata kesabaran dan ketaatan Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s. Maka Allah melarang
menyembelih Nabi Ismail a.s dan untuk meneruskan korban, Allah menggantinya
dengan seekor sembelihan yang besar (kambing). Peristiwa ini menjadi dasar
disyariatkannya Qurban yang dilakukan pada Hari Raya Haji.)
Nabi Ismail a.s sebagai anak yang
soleh yang sangat taat kepada Allah, ketika diberitahu oleh ayahnya maksud
kedatangannya kali ini tanpa ragu-ragu dan berfikir panjang berkata kepada
ayahnya:
" Wahai ayahku sayang (ya
abati) ! Laksanakanlah apa yang telah diperintahkan oleh Allah kepadamu. Engkau
akan menemuiku insya-Allah sebagai seorang yang sabar dan patuh kepada
perintah. Aku hanya meminta dalam melaksanakan perintah Allah itu , agar ayah
mengikatku kuat-kuat supaya aku tidak banyak bergerak, hadapkan kepala dan
mukaku ke bawah dan gunakanlah pisau yang tajam”
Akan tetapi pisau yang sudah
demikian tajamnya itu ternyata menjadi tumpul dileher Nabi Ismail a.s dan tidak
dapat berfungsi sebagaimana mestinya dan sebagaimana diharapkan. Kejadian
tersebut merupakan suatu mukjizat dari Allah yang menegaskan bahawa perintah
pergorbanan Nabi Ismail a.s itu hanya
suatu ujian bagi Nabi Ibrahim a.s dan
Nabi Ismail a.s sampai sejauh mana cinta
dan taat mereka kepada Allah. Ternyata keduanya telah lulus dalam ujian yang
sangat berat itu.
Nabi Ismail a.s menginjak dewasa
dan berkahwin dengan anak salah seorang dari suku Jurhum selepas ibunya Siti
Hajar meninggal dunia.
Pada suatu ketika, Nabi Ibrahim a.s
datang ke Mekah untuk mengunjungi anaknya , iaitu Nabi Ismail as. Akan tetapi
Nabi Ismail a.s saat itu sedang tidak berada di rumah. Nabi Ibrahim a.s menemui
isteri Nabi Ismail as dan bertanya kemana suaminya dan apa pekerjaannya.
Maka isteri Nabi Ismail a.s menceritakan bahawa suaminya pergi berburu dan
kehidupan mereka sangat sulit. Maka Nabi Ibrahim a.s berkata kepadanya,
“Apabila suamimu pulang sampaikan salam dariku, dan katakan agar ia mengganti
palang pintu rumahnya.”Kemudian Nabi Ibrahim a.s pulang.
Tatkala Nabi Ismail a.s pulang dari
memburu ia seakan-akan merasakan sesuatu. Maka ia bertanya kepada isterinya.
Isterinya lalu bercerita, “Tadi ada
seorang yang tua datang yang sifatnya demikian (ia menyebutkan sifat-sifat Nabi
Ibrahim a.s ). Ia bertanya tentang engkau dan aku khabarkan padanya. Dia juga
bertanya tentang kehidupan kita dan aku khabarkan sesungguhnya kita dalam kesulitan.
Dia titipkan salam untukmu dan mengatakan agar engkau mengganti palang pintu
rumahmu.”
Maka Nabi Ismail a.s pun berkata,
“Dia adalah ayahku, dan engkaulah yang dimaksud dengan palang pintu itu.” Nabi
Ismail menceraikan isterinya. Kemudian Nabi Ismail a.s menikah lagi dengan
wanita yang lain.
Nabi Ibrahim a.s datang lagi pada
waktu yang lain, dan Nabi Ismail a.s juga kebetulan tiada di rumah. Maka Nabi
Ibrahim a.s menemui isteri Nabi Ismail a.s dan bertanya tentang Nabi Ismail a.s.
Nabi Ibrahim a.s menanyakan tentang kehidupan mereka, isteri Nabi Ismail a.s
menceritakan bahwa kehidupan penuh dengan nikmat dan kebaikan.
Kemudian Nabi Ibrahim a.s berkata
kepadanya, “Jika suamimu datang sampaikan salam kepadanya, dan katakan
kepadanya agar ia mengekalkann palang pintu rumahnya.”
Setelah itu, Nabi Ibrahim a.s
segera pulang sebelum bertemu dengan Nabi Ismail a.s. Maka tatkala Nabi Ismail
a.s pulang, ia bertanya kepada isterinya, “Apakah tadi ada yang mengunjungimu?”
Isterinya menjawab, “Tadi datang kepadaku seorang tua yang keadaannya
demikian…” Nabi Ismail a.s bertanya, ”Apakah ada sesuatu yang ia katakan
kepadamu?” Isterinya menjawab, “Dia bertanya kapadaku tentang dirimu, dan aku
pun menceritakannya. Dan ia bertanya pula tentang kehidupan kita, maka aku sampaikan
bahwa kita berada dalam kenikmatan, dan aku mengucapkan syukur memuji Allah
SWT.” Nabi Ismail a.s bertanya lagi, ”Kemudian apalagi yang ia katakan?” Isterinya
menjawab, “Ia menitipkan salam untukmu, dan memerintahkanmu untuk mengekalkan
palang pintu rumahmu.”
Nabi Ismail a.s lantas berkata,
“Dia adalah ayahku, dan engkau adalah palang pintu itu, ia memerintahkan aku
agar tetap memgekalkan kamu sebagai isteri.”
Subscribe to:
Posts (Atom)