Saturday, 22 August 2015

SIRI 5 - SIRAH NABI MUHAMMAD OLEH USTAZ WADI ANNUAR



  • Abdullah ialah bapa kepada Nabi Muhammad dan ibu Abdullah bernama Fatimah dan bapanya adalah Abdul Muttalib. Abdullah anak yang paling kacak dan paling baik budi perkertinya antara anak-anak Abdul Muttalib yang seramai sepuluh orang. Abdullah adalah anak bungsu dan paling bersederhana sifatnya dan paling di sayangi oleh Abdul Muttalib kerana akhlaknya yang sangat baik.
  • Abdul Mutaalib pernah bernazar untuk menyembelih salah seorang daripada anaknya jika dia memperolehi 10 orang anak lelaki. Dan dengan rahmat Allah Abdul Muttalib di kurniakan 10 orang anak lelaki dan apabila kesemua anak lelaki telah dewasa Abdul Muttalib menceritakan tentang nazarnya kepada ke semua anak lelakinya. Untuk memilih di antara anaknya siapa yang perlu di sembelih maka Abdul Mutalib berjumpa dengan ahli nujum yang bernama Khubal. Khubal mengarahkan agar setiap nama anaknya ditulis di atas anak panah dan sewaktu undi dilakukan naik nama Abdullah.
  • Di sebabkan peribadi Abdullah bapa saudara Abdullah iaitu Quraisy tidak bersetuju untuk menyembelih Abdullah, begitu juga dengan masyarakat Arab ketika itu. Abdullah Mutallib kemudian berjumpa kembali Khubal dan Khubal menetapkan setiap kali jika undian dilakukan dan keluar nama Abdullah dari anak panak itu maka Abdul Mutalib di kehendaki untuk menyembelih 10 ekor anak unta. Undian dilakukankan dan hingga undian ke 10 apabila anak panah dicabut keluar nama Abdullah maka Abdul Mutalib menyembelih 100 ekor unta bagi mengantikan nyawa Abdullah.
  •  Dan mulai saat ini hutang darah atau dian dikira dengan 1 nyawa bersamaan dengan 100 ekor unta, dan hukum dian ini diteruskan oleh Nabi Muhammad.
  •  Abdullah dikahwinkan dengan Aminah bin Abdi Manaf anak ketua qabilah bani Zahrah.Ada riwayat mengatakan Abdullah meninggal dunia dua bulan sebelum kelahiran Nabi Muhammad, dan adariwayat  mengatakan dua bulan selepas kelahiran Nabi sewaktu dalam perjalanan pulang dari berniaga kerana sakit sewaktu berusia 25 tahun. 
  • Abdullah meninggalkan paling sedikit harta iaitu 5 ekor unta, beberapa ekor kambing dan seorang hamba yang dikenal sebagai Ummu Aiman(Barakah bin Salabah)
KELAHIRAN NABI MUHAMMAD SAW MS 45

  • Di lahirkan di rumah di kawasan Bani Hashim di Mekah pada pagi Isnin 12 Rabiul awal selepas peristiwa bergajah bersamaan 22 April 571H
  • Nama Muhammad diberikan oleh datuknya Abdul Mutallib dan baginda dibawa mengelilingi Kaabah.
  • Ibu susuan nabi ada 4 orang dan ibu susuan kedua selepas ibu sendiri ialah Suhaiba Al Aslamiah (hamba kepada Abu Lahab) yang membawa berita tentang kelahiran nabi Muhammad kepada Abu Lahab dan kerana berita gembira ini Abu Lahab telah memerdekakan Suhaiba.
  • Nabi Muhammad semasa bayi di hantar ke perkampungan Bani Sa’ad yang dijaga oleh ibu susuanya iaitu Halimah bin Shu’aib. (di kenali oleh Halimatus Saadiah) sehingga berusia 5 tahun.

2 comments:

  1. Maaf..nak tanya.. Abdullah dikahwinkan dgn Aminah bt Abdi Manaf ke...Aminah bt Wahab?

    ReplyDelete
  2. 1xbet | 1xbet | Bet with a Bonus - RMC | Riders Casino
    1XBet allows gri-go.com you to bet on any favourite horse mens titanium wedding bands races or any other sporting event. ✓ Get up to 1등 사이트 £300 + 200 Free Spins No 1xbet korean Deposit

    ReplyDelete