SIRI 5 - SIRAH NABI MUHAMMAD OLEH USTAZ WADI ANNUAR
Abdullah ialah bapa kepada Nabi Muhammad dan ibu
Abdullah bernama Fatimah dan bapanya adalah Abdul Muttalib. Abdullah anak yang
paling kacak dan paling baik budi perkertinya antara anak-anak Abdul Muttalib
yang seramai sepuluh orang. Abdullah adalah anak bungsu dan paling bersederhana
sifatnya dan paling di sayangi oleh Abdul Muttalib kerana akhlaknya yang sangat
baik.
Abdul Mutaalib pernah bernazar untuk menyembelih
salah seorang daripada anaknya jika dia memperolehi 10 orang anak lelaki. Dan
dengan rahmat Allah Abdul Muttalib di kurniakan 10 orang anak lelaki dan
apabila kesemua anak lelaki telah dewasa Abdul Muttalib menceritakan tentang
nazarnya kepada ke semua anak lelakinya. Untuk memilih di antara anaknya siapa
yang perlu di sembelih maka Abdul Mutalib berjumpa dengan ahli nujum yang
bernama Khubal. Khubal mengarahkan agar setiap nama anaknya ditulis di atas
anak panah dan sewaktu undi dilakukan naik nama Abdullah.
Di sebabkan peribadi Abdullah bapa saudara
Abdullah iaitu Quraisy tidak bersetuju untuk menyembelih Abdullah, begitu juga
dengan masyarakat Arab ketika itu. Abdullah Mutallib kemudian berjumpa kembali
Khubal dan Khubal menetapkan setiap kali jika undian dilakukan dan keluar nama
Abdullah dari anak panak itu maka Abdul Mutalib di kehendaki untuk menyembelih
10 ekor anak unta. Undian dilakukankan dan hingga undian ke 10 apabila anak
panah dicabut keluar nama Abdullah maka Abdul Mutalib menyembelih 100 ekor unta
bagi mengantikan nyawa Abdullah.
Dan mulai saat ini hutang darah atau dian dikira
dengan 1 nyawa bersamaan dengan 100 ekor unta, dan hukum dian ini diteruskan oleh Nabi Muhammad.
Abdullah dikahwinkan dengan Aminah bin Abdi
Manaf anak ketua qabilah bani Zahrah.Ada riwayat mengatakan Abdullah meninggal dunia
dua bulan sebelum kelahiran Nabi Muhammad, dan adariwayat mengatakan dua bulan selepas kelahiran Nabi
sewaktu dalam perjalanan pulang dari berniaga kerana sakit sewaktu berusia 25
tahun.
Abdullah meninggalkan paling sedikit harta iaitu
5 ekor unta, beberapa ekor kambing dan seorang hamba yang dikenal sebagai Ummu
Aiman(Barakah bin Salabah)
KELAHIRAN NABI MUHAMMAD SAW MS 45
Di lahirkan di rumah di kawasan Bani Hashim di
Mekah pada pagi Isnin 12 Rabiul awal selepas peristiwa bergajah bersamaan 22
April 571H
Nama Muhammad diberikan oleh datuknya Abdul Mutallib
dan baginda dibawa mengelilingi Kaabah.
Ibu susuan nabi ada 4 orang dan ibu susuan kedua
selepas ibu sendiri ialah Suhaiba Al Aslamiah (hamba kepada Abu Lahab) yang
membawa berita tentang kelahiran nabi Muhammad kepada Abu Lahab dan kerana
berita gembira ini Abu Lahab telah memerdekakan Suhaiba.
Nabi Muhammad semasa bayi di hantar ke
perkampungan Bani Sa’ad yang dijaga oleh ibu susuanya iaitu Halimah bin Shu’aib.
(di kenali oleh Halimatus Saadiah) sehingga berusia 5 tahun.
1xbet | 1xbet | Bet with a Bonus - RMC | Riders Casino 1XBet allows gri-go.com you to bet on any favourite horse mens titanium wedding bands races or any other sporting event. ✓ Get up to 1등 사이트 £300 + 200 Free Spins No 1xbet korean Deposit
Maaf..nak tanya.. Abdullah dikahwinkan dgn Aminah bt Abdi Manaf ke...Aminah bt Wahab?
ReplyDelete1xbet | 1xbet | Bet with a Bonus - RMC | Riders Casino
ReplyDelete1XBet allows gri-go.com you to bet on any favourite horse mens titanium wedding bands races or any other sporting event. ✓ Get up to 1등 사이트 £300 + 200 Free Spins No 1xbet korean Deposit