Monday, 24 August 2015

SIRI 7 - SIRAH NABI MUHAMMAD OLEH USTAZ WADI ANNUAR

AUDIO INI SAMA SEPERTI SIRI NO 6

SIRI 6 - SIRAH NABI MUHAMMAD OLEH USTAZ WADI ANNUAR

Mukasurat 49



  • Ketika Nabi Muhammad berusia 12 tahun nabi Muhammad mengikut bapa saudaranya untuk berniaga ke Syam dan dalam perjalanan ke sana seorang paderi bernama Busrah melihat tanda-tanda kenabiannya iatu awan sentiasa mengikutinya dan beliau memberitahu Abu Talib agar membawanya balik ke Mekah kerana ditakuti akan di bunuh oleh kaum Yahudi.
  • Pekerjaan yang pernah Nabi Muhammad saw lakukan ialah mengembala kambing dan berniaga.
  • Ketika Nabi berusia 25 tahun nabi Muhammad ditawarkan untuk membawa barang niaga Siti Khadijah ke Shyam dan Nabi membawa keuntungan yang berlipat ganda daripada biasa.
  • Allah memuliakan Saidatina Khadijah yang mana sepanjang hidup saidatina Khadijah, Allah tidak pernah memerintahkan nabi untuk berkahwin dengan wanita lain.
  • 6 orang daripada 7 orang anak nabi lahir daripada Saidatina Khadijah. Anak-anak nabi seramai 7 orang, 3 lelaki dan 4 perempuan. Nama anak-anak nabi ialah Kassim, Zainab, Ruqoiyah, Ummu Kathlsom, Fatimah, Abdullah (To'ib) (anak-anak Saidatina Khadijah) and Ibrahim daripada ibu yang lain. Anak-anak lelaki nabi semua meninggal semasa hayat nabi Nabi Muhammad 

Mukasurat 50 - Membina semula kaabah
  • Kaabah mengalami pembaikpulih sebanyak 12 kali, dan satu daripada pembaik pulih itu berlaku pada usia nabi 35 tahun di mana Mekah mengalami banjir besar dan hampir merosakkan kaabah.
  • Menteri-mentgeri Quraisy pada waktu itu menjalankan kegiatan untuk mengumpul duit dan pembaik pulih tersebut dan wang tersebut di syaratkan hanya duit-duit halal sahaja. Kegagalan untuk mengumpulkan duit halal dimencukupi maka saiz kaabah dikecilkan.
  • Kerja pembaik pulih tersebut berlaku dengan lancar sehingga ketika hendak meletakkan batu Hajar Aswad pada tempat asalnya. 
  • Setiap kabilah bergaduh antara satu sama lain dan ada kabilah inginkan berperang hingga ada seorang yang bernama Ummaiyah bin Muqirroh memberi pendapat bahawa orang pertama yang memasuki kaabah pada keesokkan harinya apapun keputusannya akan dipersetujui oleh semua orang.
  • Di takdirkan Allah orang pertama yang masuk ke kaabah ialah Nabi Muhammad yang dikenali sebagai Al-Amin. Nabi meminta agar diletakkan Hajar Aswad pada kain dan setiap wakil kabilah diminta untuk memegang kain tersebut dan dibawa kepada tempatnya. Nabi dengan tangannya sendiri mengangkat batu tersebut pada tempatnya.
  • Batu Hajar Aswad berasal dari syurga yang di bawa turun pada zaman nabi Ibrahim. Cahaya Hajar Aswad pada awalnya sangat terang dan cahaya itu menjadi gelap akibat dosa-dosa manusia dan satu lagi sebab kalau tidak semua manusia tidak boleh memandang batu tersebut.
  • Pada tahun 64 hijrah berlaku kebakaran pada kaabah dan disebabkan itu batu Hajar Aswad terbelah 3 dan pemerintah Mekah ketika itu Abdullah bin Zuba'ir bin Awam mengikat batu tersebut dengan perak.
  • Pada tahun 317 hijrah , batu tersebut di curi oleh Syiah Islamiah Bataniah. Selama 22 tahun sudut itu kosong dan pada tahun 339 hijrah dikembalikkan sebanyak 15 serpihan dan pada masa sekarang tinggal hanya 8 serpihan.

Saturday, 22 August 2015

SIRI 5 - SIRAH NABI MUHAMMAD OLEH USTAZ WADI ANNUAR



  • Abdullah ialah bapa kepada Nabi Muhammad dan ibu Abdullah bernama Fatimah dan bapanya adalah Abdul Muttalib. Abdullah anak yang paling kacak dan paling baik budi perkertinya antara anak-anak Abdul Muttalib yang seramai sepuluh orang. Abdullah adalah anak bungsu dan paling bersederhana sifatnya dan paling di sayangi oleh Abdul Muttalib kerana akhlaknya yang sangat baik.
  • Abdul Mutaalib pernah bernazar untuk menyembelih salah seorang daripada anaknya jika dia memperolehi 10 orang anak lelaki. Dan dengan rahmat Allah Abdul Muttalib di kurniakan 10 orang anak lelaki dan apabila kesemua anak lelaki telah dewasa Abdul Muttalib menceritakan tentang nazarnya kepada ke semua anak lelakinya. Untuk memilih di antara anaknya siapa yang perlu di sembelih maka Abdul Mutalib berjumpa dengan ahli nujum yang bernama Khubal. Khubal mengarahkan agar setiap nama anaknya ditulis di atas anak panah dan sewaktu undi dilakukan naik nama Abdullah.
  • Di sebabkan peribadi Abdullah bapa saudara Abdullah iaitu Quraisy tidak bersetuju untuk menyembelih Abdullah, begitu juga dengan masyarakat Arab ketika itu. Abdullah Mutallib kemudian berjumpa kembali Khubal dan Khubal menetapkan setiap kali jika undian dilakukan dan keluar nama Abdullah dari anak panak itu maka Abdul Mutalib di kehendaki untuk menyembelih 10 ekor anak unta. Undian dilakukankan dan hingga undian ke 10 apabila anak panah dicabut keluar nama Abdullah maka Abdul Mutalib menyembelih 100 ekor unta bagi mengantikan nyawa Abdullah.
  •  Dan mulai saat ini hutang darah atau dian dikira dengan 1 nyawa bersamaan dengan 100 ekor unta, dan hukum dian ini diteruskan oleh Nabi Muhammad.
  •  Abdullah dikahwinkan dengan Aminah bin Abdi Manaf anak ketua qabilah bani Zahrah.Ada riwayat mengatakan Abdullah meninggal dunia dua bulan sebelum kelahiran Nabi Muhammad, dan adariwayat  mengatakan dua bulan selepas kelahiran Nabi sewaktu dalam perjalanan pulang dari berniaga kerana sakit sewaktu berusia 25 tahun. 
  • Abdullah meninggalkan paling sedikit harta iaitu 5 ekor unta, beberapa ekor kambing dan seorang hamba yang dikenal sebagai Ummu Aiman(Barakah bin Salabah)
KELAHIRAN NABI MUHAMMAD SAW MS 45

  • Di lahirkan di rumah di kawasan Bani Hashim di Mekah pada pagi Isnin 12 Rabiul awal selepas peristiwa bergajah bersamaan 22 April 571H
  • Nama Muhammad diberikan oleh datuknya Abdul Mutallib dan baginda dibawa mengelilingi Kaabah.
  • Ibu susuan nabi ada 4 orang dan ibu susuan kedua selepas ibu sendiri ialah Suhaiba Al Aslamiah (hamba kepada Abu Lahab) yang membawa berita tentang kelahiran nabi Muhammad kepada Abu Lahab dan kerana berita gembira ini Abu Lahab telah memerdekakan Suhaiba.
  • Nabi Muhammad semasa bayi di hantar ke perkampungan Bani Sa’ad yang dijaga oleh ibu susuanya iaitu Halimah bin Shu’aib. (di kenali oleh Halimatus Saadiah) sehingga berusia 5 tahun.

Thursday, 21 May 2015

SIRI 4 - SIRAH NABI MUHAMMAD OLEH USTAZ WADI ANNUAR



ms 36

- Keluarga Nabi bergelar Bani Hashim (Moyang Nabi Muhammad)
- Tugas Hashim memberi makan dan minum kepada jemaah yang datang mengerjakan haji di Mekah (berpandu pada saki baki syaraat Nabi Ibrahim dan kebanyakkannya telah di selewangkan). Hashim seorang yang kaya dan amanah. Asal namanya adalah Ammer . Orang petama yang menjamu jemaah roti benyek dalam sup. Orang pertama yang memulakan memperkenalkan perjalanan dua kali perjalan setahun untuk berdagang satu pada musim panas dan satu lagi pada musim sejuk. Berkahwin dengan Salmah di Madinah dan meningal dunia di Ghaza Palestine semasa isterinya sedang mengandungkan Abdul Mutallib. Hashim juga mempunyai adik beradik yang bernama Al-Mutallib. Hashim mempunyai 4 anak lelaki dan 5 anak perempuan dan salah seorang anaknya adalah Abdul Mutallib
- Abdul Muttalib ialah datuk Nabi Muhammad saw  di panggil syaibah kerana uban di kepalanya dan di besarkan di Madinah. Apabila Hashim meninggal dunia Al-Mutalib, adik beradik kepada Hashim pergi ke Madinah berjumpa dengan Salmah untuk mengambil Abdul Mutalib untuk di bawa ke Mekah untuk memberi jawatan kepadanya. Bergelar hamba kepada kepada Mutallib kerana orang Mekah yang pertama kali melihat Abdul Mutallib mengatakan dia adalah hamba kepada At-Mutalib












Tuesday, 12 May 2015

SIRI 3 - SIRAH NABI MUHAMMAD OLEH USTAZ WADI ANNUAR


Sirah Nabi Muhamaad s.a.w siri 3 berkisar kepada perihal masyarakat Mekah sebelum kedatangan Islam dari segi sosial, ekonomi dan etika

Sosial

- Golongan wanita bangsawan terletak pada kedudukan yang terhormat
- Manakala bagi golongan bawahan pelacuran, perzinaan dan keruntuhan akhlak berleluasa sebagai  corak hidup mereka
- Terdapat 4 jenis perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Mekah sebelum kedatangan Islam
- Masyarakat Mekah suka berperang
- Masyarakat Mekah sebelum kedatangan Islam membunuh anak perempuan mereka kerana :
i) Anak perempuan tidak boleh menjadi pahlawan dan tidak boleh berperang mempertahankan kabilah mereka
ii) Anak perempuan tidak boleh manjadi pemidato
iii) Anak perempuan pada pandangan masyarakat pada masa itu membawa kecelakaan.
iv) Mereka membunuh kerana terikut cara masyarakat pada masa itu.


Ekomomi

- Masyarakat Arab pada masa itu adalah berdagang

Monday, 11 May 2015

Daurah Surah Al-Kahfi - Ustaz Wadi Annuar

Siri 1 (Ayat 1 - ayat 15)

Berikut adalah rumusan yang dapat di buat

Di kenali sebagai Surah akhir zaman

-Surah ini diturunkan di Mekah, sebelum Hijrah

-Di baca 10 yang awal (Ayat 1-10) dan 10 yang terakhir (ayat 101-110)  terselamat dari fitnah dajal.

-Di sunat baca Surah Al-Kahfi keseluruhan seminggu sekali – di mana Allah akan menerangkan cahaya jumaat hari ini sehingga jumaat depan

Dajal adalah tanda besar kiamat pertama selepas lengkap semua tanda kiamat kecil, dan mengikut pendapat ulama semua tanda kiamat kecil telah lengkap. Dajal datang dia boleh membunuh sesiapa sahaja, dan fitnah dajal yang paling di takuti sesiapa yang di dekatinya boleh menganggap dia Tuhan yang menyebabkan murtad.

Kandungan dalam Surah Kahfi berkisar pada cerita:
1.       Ashabul Kahfi
2.       Orang kaya dan kawan yang beriman yang miskin
3.       Nabi Musa, Nabi Khidhir dan Nabi Khusyak
4.       Raja Zulkarnain

Perkaitan surah Al-Kahfi dengan cerita dajal ialah pada perkisaran cerita Ashabul Kahfi dimana pada zaman masa itu diperintah oleh Raja yang zalim yang menganggap dirinya Tuhan dan barangsiapa tidak mengakuainya akan di bunuh atau di seksa dengan kejam.

Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa kaum Quraisy telah mengutus an Nadh bin al Harts dan Uqbah bin Abi Muith kepada pendeta Yahudi Madinah untuk bertanya tentang kenabian Muhammad dengan menceritakan sifat-sifatnya dan segala sesuatu yang telah diucapkannya.
Orang-orang Quraisy beranggapan bahawa pendeta-pendeta itu adalah ahli di dalam memahami kitab yang telah diturunkan terdahulu Taurat dan Injil dan mempunyai ilmu pengetahuan tentang tanda-tanda kenabian yang orang Quraisy tidak mengetahuinya.

Kemudian kedua orang utusan itu berangkat menuju ke Madinah dan bertanya kepada pendeta-pendeta Yahudi. Lalu berkatalah pendeta itu kepada utusan Quraisy: "Tanyalah kepada Muhammad akan tiga perkara. Jika dia dapat menjawabnya, maka dia adalah seorang Nabi yang diutuskan. Akan tetapi jika dia tidak dapat menjawabnya, maka dia hanyalah orang yang mengaku menjadi Nabi. 

Tanyalah kepada Muhammad mengenai
1)       Kumpulan pemuda pada zaman dahulu yang melarikan diri daripada Raja yang zalim untuk        menyelamatkan iman mereka
2)       Seorang Raja yang mengelilingi bumi untuk menyebarkan Islam
3)       Mengenai roh

Mereka pun berangkat mengadap Rasulullah dan bertanya akan tiga perkara tersebut. Rasulullah bersabda: "Aku akan menjawab tentang perkara-perkara yang kamu persoalkan itu (terlupa menyebut Insya Allah)." Maka pulanglah mereka kesemuanya.


Rasulullah menunggu penurunan wahyu kepadanya sehingga lima belas malam lamanya (Nabi di uji selama 15 hari kerana terlupa menyebut Insya Allah), tetapi Jibril tidak juga kunjung tiba . Pada hari ke-15, Jibrail  datang membawa surah Kahfi yang di dalamnya mengandungi teguran kepada Nabi di atas kesedihannya yang disebabkan oleh perbuatan mereka (Surah al Kahfi: 18:6), di samping menerangkan tentang pertanyaan yang diajukan oleh kaum Quraisy kepada Nabi tentang pemuda yang musafir (Surah al Kahfi: 18: 9-26) dan seorang pengembara (Surah al Kahfi: 18: 83-101) serta firman Allah tentang roh (Surah al Israa': 17: 85). 



Berikut adalah file Surah Al Kahfi Ayat 1-10 dan ayat 101-111




 


Thursday, 23 April 2015

SIRI 2 - SIRAH NABI MUHAMMAD OLEH USTAZ WADI ANNUAR



Nabi Ibrahim a.s  dan Nabi Ismail a.s membina Baitullah. Nabi Ibrahim a.s  menyusun naik batu sementara Nabi Ismail a.s  pula mengutip batu-batu besar seperti yang di firman oleh Allah S.W.T dalam Surah al-Baqarah ayat 127 :


127. dan (ingatlah), ketika Ibrahim meninggikan (membina) dasar-dasar Baitullah bersama Ismail (seraya berdoa): "Ya Tuhan Kami terimalah daripada Kami (amalan kami), Sesungguhnya Engkaulah yang Maha mendengar lagi Maha Mengetahui".


Setelah siap membina kaabah mereka berdoa yang di rakam dalam Surah Al-Baqarah ayat 128-129



128. Ya Tuhan Kami, Jadikanlah Kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) diantara anak cucu Kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada Kami cara-cara dan tempat-tempat ibadat haji Kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.

129. Ya Tuhan Kami, utuslah untuk mereka sesorang Rasul dari kalangan mereka, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau, dan mengajarkan kepada mereka Al kitab (Al Quran) dan Al-Hikmah (As-Sunnah) serta mensucikan mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.

Ia juga digambarkan dalam Surah Ibrahim ayat 35-37



35. dan (ingatlah), ketika Ibrahim berkata: "Ya Tuhanku, Jadikanlah negeri ini (Mekah), negeri yang aman, dan jauhkanlah aku beserta anak cucuku daripada menyembah berhala-berhala.
36. Ya Tuhanku, Sesungguhnya berhala-berhala itu telah menyesatkan kebanyakan daripada manusia, Maka Barangsiapa yang mengikutiku, Maka Sesungguhnya orang itu Termasuk golonganku, dan Barangsiapa yang mendurhakai Aku, Maka Sesungguhnya Engkau, Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

37. Ya Tuhan Kami, Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati, Ya Tuhan Kami (yang demikian itu) agar mereka mendirikan shalat, Maka Jadikanlah hati sebagian manusia cenderung kepada mereka dan beri rezkilah mereka dari buah-buahan, Mudah-mudahan mereka bersyukur.


( Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s memohon di dalam doa mereka seperti dia atas diringkaskan oleh Ustaz seperti berikut;
 1. Terimalah amal-ibadat kami,
2. Berkatilah amal-ibadat kami
3. Hidupkan kami dalam Islam
4. Matikan kami dalam Islam
5. Hidupkan kami berterurusan dalam Ibadah
6. Jadikan zuriat keturunan kami menyembah Allah

Di sini Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail mengajar kita untuk berdoa, ajar anak-anak  untuk berdoa minta dari Allah– Bapa berdoa di aminkan oleh anak-anak dan isteri.

Rumusan yang di buat oleh Ustaz, keturunan Nabi Muhammad s.a.w berasal dari keturunan Nabi Ismail seperti yang pernah di doakan oleh mereka setelah mendirikan kaabah.  Nabi Ismail a.s  mempunyai 12 orang anak dan Nabi Ismail a.s mempunyai adik sebapa bernama Nabi Ishak yang beza antara umur mereka 11 tahun.


MS 20. Agama Bangsa Arab sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w

Mereka mengekalkan ajaran yang di ajar oleh Nabi Ibrahim, sehingga seorang dari ketua dari banu Khuza’ah yang bernama Amru bin Luhai orang yang pertama kali memperkenalkan berhala kepada kaumnya. 

Amru bin Luhai seorang jutawan yang baik dengan semua orang, pemurah dengan orang miskin, rendah diri, tak berlagak, dia pergi ke Syam (Syria sekarang) di Syria yang mempunyai tamadun Rom (tamadun yang paling berkuasa dan paling maju ketika itu) yang lebih maju daripada yang ada di Mekah. Sewaktu di sana dia melihat penduduk Syria yang menyembah berhala dan menganggap hal itu sebagai sesuatu yang baik serta benar. Sebab menurutnya, Syria adalah tempat lahirnya para nabi, rasul dan turunnya kitab-kitab suci. Maka dia pulang membawa berhala yang bernama Hubal dan diletakkan di tengah-tengah Kaabah dan mengajak mereka menyembah berhala tersebut. Orang-orang Semenanjung Tanah Arab (Hijaz) pun banyak yang mengikuti ajaran  penduduk Mekah. 

Sembahan berhala ini tersebar ke seluruh pelusuk Hijjaz kerana apabila mereka mengerjakan Haji atau Umrah maka dibekalkan oleh berhala-berhala oleh Amr untuk dibawa balik dan disembah oleh mereka. Suasana penyembahan berhala ini diceritakan dalam surah Al-Maidah ayat 3, begitu juga mereka menjamu makanan kepada berhala dan bernazar atas nama berhala digambarkan dalam Surah An’am ayat 138.